Imej sebagai artis #tipsdjfuzz

Kita sebagai artis, pada dasarnya adalah sejenis produk, and we are the walking product. Mana mana kita pergi kita bawak brand kita, kerana kita adalah brand itu. Setiap produk mesti ada packaging, betul? Jadi untuk memastikan anda sebagai product yang laris anda haruslah pastikan packaging anda menarik, kena dengan konsep dan sebagainya.

“Saya tak faham, apa kena mengena produk camtu dengan imej, kita artis kot, bukannya barang!”

Lek lu bro, jangan neves… Basically….We, are the business.

Imej setiap artis adalah penting dari segi rupa, gaya muzik dan lain lain.

Contohnya, kalau kita buat musik hip hop, nama kena sama dengan tema, buat lagu hip hop, tapi pakaian macam tak masuk je. So make sure yang muzik dan penampilan kita sama ngan tema kalau boleh.

Katakanlah saya artis nasyid, dan saya pakai baju jeans koyak koyak dan nama saya adalah nama artis hip hop, kena ke tak kena?

Macam mana nak buat duit sebagai artis rakaman?

Pada dasarnya, ada dua jenis pendapatan yang boleh di nikmati oleh artis rakaman, iaitu;

1) Active Income

Active income adalah pendapatan yang kita dapat bila kita buat benda tu, contohnya perform show, pergi event event yang berbayar, endorsement, buat IG review dan sebagainya. Maknanya kalau buat kerja tu dapat duit, kalau tak buat tak dapat duit. Ia adalah sejenis pendapatan yang menukar masa dengan duit.

Contohnya, company XYZ call untuk W.A.R.I.S buat show 3 lagu dengan bayaran sekian sekian. Tapi last minute artis tak dapat datang, dan artis tak dapat payment sebab dia tak hadir.

Basically active income ni adalah income yang kena buat, kalau tak buat tak di bayar.

Show adalah contoh yang paling utama, paid review kat social media, media appearance yang berbayar. Macam pergi tengok wayang dan post kat Instagram dapat payment.

“DJ Fuzz, ada ke kerja yang tak buat apa apa dapat duit? Macam tak masuk akal jer..”

Ada, apa pulak tak masuk akal,

Ia adalah sejenis pendapatan yang dipanggil;

2) Passive/Residual Income

Passive Income adalah pendapatan yang kita jana bila kita sedang lepak.

“Biar betul”

Ya, tak perlu buat apa apa untuk dapatkan duit ini. Betul ke? Antara pendapatan yang boleh dapat ialah seperti sales dari iTunes, Spotify, Youtube. Royalty dari penjualan CD dan streaming, royalty sebagai seorang penulis lagu, royalty RPM, iaitu royalty yang dapat bila lagu lagu anda dimainkan di corong radio dan sebagainya.

Royalti tulis buku dan macam lagi jenis royalty.

Macam mana nak dapat royalty macam ni?

Kita kena jadi member dulu, jadi member MACP kalau jadi songwriter. Kalau kita musician dan sessionist atau vocalist kita jadi member RPM.  Ia bergantung kepada apa yang awak buat dan u belong to which association.

Kalau nak dapat royalty dari streaming pulak dapat dari syarikat rakaman. Manakala royalti dari buku dapat dari syarikat penerbit.

Jadi passive income ini adalah income yang kita dapat daripada asset yang kita buat. Walaupun kita dapat masa kita tak buat apa apa, sebelum kita dapat royalti tu still kita kena kerja kuat jugak.

ARTIS BARU dan BEATMAKER BARU : YOUR NO 1 MARKETING TOOL?

Artis/beatmaker yang baru nak start.

Orang tak tahu muzik dia best, ramai org tak tahu muzik dia best dan dia tak tahu macam mana nak bagi tau muzik dia best.

Macam mana nak promosi artis baru ni?

OK, semua org ada phone yang ada internet kan? That’s your no 1 marketing tool.

Social media, that is where you market your music.

Bayangkan semua orang sekarang tengah tengok phone. Ada yang tengok fesbuk, ada yang layan IG story, ada yang shopping kat Lazada, ada yang tengah tengok video trending kat Youtube. Persoalannya ialah;

Macam mana korang nak tarik diorang layan muzik korang kat internet tu?

Simple, you give them what they want. Which is entertainment and content.

Apa jenis entertainment & content yang patut diberi?

Macam macam benda kita boleh bagi. Contohnya, korang boleh buat benda benda senang seperti buat cover. Kalau nak buat vlog pun ok kat Youtube, kat Instagram boleh buat 1 minit cover. Kalau pandai tentang sesuatu perkara boleh buat sharing. Boleh buat video behind the scene. Buatlah apa apa content yang diorang nak tengok.

Bila korang bagi content yang lain daripada lain, lagi cepat nak dapat attention diorang (bakal followers).

Lagi kerap lagi best. Bila diorang dah hooked to you, barulah senang nak promote lagu baru, video baru dan sebagainya.

The internet, that is your number one marketing tool.

Lain lah macam dulu dulu kita selalu semua kena tunggu depan pintu shopping mall sebab nak kena pass flyers kat orang supaya pergi show kita.

Ok cerita pasal zaman sebelum internet ni, dulu kalau nak promote lagu ke, show ke, kita kena buat iklan atas kertas. Kita boleh buat dalam bentuk flyer, poster, majalah dan sebagainya. So kalau nak buat iklan tu kos dia memang lah lagi besar dari sekarang. Sekarang almost everything is free. Semua orang boleh promote material diorang kat social media.

Jadi sekarang ni kalau nak naik kena gunakan internet sebagai salah satu marketing tool utama. Kalau tak tau macam mana nak guna, rugi!

Takpa ke show free?

Untuk artis artis yang baru, ok ke buat show free ni?

Banyak org cakap kat saya, “Saya tak nak buat show free ni DJ Fuzz, kalau nak, diaorang kena

bayar”.

Amboiii, hebatnya awak! Hahaha gurau je…

Pendapat saya, its ok pada mulanya free, kerana kalau you tak buat show free you susah nak dapat promotion dan publicity. Kerana bila baru start, takda siapa nak panggil kita perform.

Nanti bila dah ada permintaan barulah kita start charge diorang.

So, kita tak boleh letak harga bila takda permintaan kat muzik kita. Biar buat free dulu, daripada sendu je. Daripada nak berkira sangat dengan bayaran tu, orang pun boleh berkira gak. Baik dia bayar artis yang boleh bawak crowd. Real talk. Hahaha jangan terasa ok.

“Jadi bila masanya nak ada permintaan tu?”

Sabarlah dulu. Biasanya permintaan tu datang bila lagu awak masuk radio, atau jadi viral, atau lagu masuk carta Joox misalnya. Bila orang dah nampak baru dia nak panggil show.

Slowly nanti ada je yang akan call kita untuk perform, bila makin ramai permintaan, barulah boleh naikkan harga. Jangan start start je dah charge mahal, rilek dulu beb.

“Habis tu kalau bagi free je, macam mana nak cari makan DJ Fuzz?”

Saya bukan cakap bagi free sampai bila bila. Buat masa ni bagilah beberapa show untuk promosi, tapi lama lama nanti pasti dapat banyak tawaran punya. Melainkan show awak tak best langsung. Itu kalau bagi free pun orang tak nak.

Dulu saya selalu je bagi free show masa mula mula dulu. Kadang kadang dia bayar sikit pun saya ambik je dulu. Lama lama tu bila orang dah start call barulah kita boleh demand harga.

Bayangkan show free ni macam satu investment..

“Investment apa pulak ni, saya yang kena nyanyi free camne nak dapat pulangan tu?”

Rilek dulu. Free show adalah sejenis pelaburan, pelaburan masa. Bayangkan kalau kita nak buat iklan kita kena bayar kan?

Jadi show free macam dapat buat iklan tapi free. Bila orang dah tengok selalu iklan tu, dia pasti akan tertarik kalau produk anda menarik. Itulah masanya kita akan dapat pulangan daripada investment kita, apabila orang dah heboh cerita pasal artis baru yang best ni…

Banyak lagi tips yang saya boleh kongsikan nanti pada masa yang akan datang. Jangan lupa follow saya kat blog ni.

Kalau korang berminat untuk belajar cara cara efektif untuk memulakan kerjaya dalam bidang muzik ni, saya rekomen buku “Nak Jadi Artis Rakaman?” Ada kat banyak kedai buku tapi kalau nak cepat, order melalui Whatsapp je senang; 0125357769