Music students – Semasa dan selepas belajar di Uni..

Untuk sesiapa yang belajar di university jurusan muzik atau industri muzik, semasa kita di sana, kita belajar segala macam topik sampai tepu kepala.

Lepas habis belajar exam dapat grade yang power, siap ada yang Dean’s list. Grades tu memang power tapi bila kita masuk industry, grades tu semua tak cukup, kenapa?

Sebab kalau grades yang power mungkin boleh menolong kita dapat kerja yang bagus, gaji yang bagus, tetapi jika anda inginkan kerjaya sebagai seorang penghibur, atau usahawan syarikat rakaman, anda perlukan lebih dari grades.

Anda memerlukan marketing.

Macam mana orang nak tau anda berbakat, terer dan berkredibiliti kalau anda tak pernah buat self promotion?

Macam mana nak buat duit sebagai artis rakaman?

Pada dasarnya, ada dua jenis pendapatan yang boleh di nikmati oleh artis rakaman, iaitu;

1) Active Income

Active income adalah pendapatan yang kita dapat bila kita buat benda tu, contohnya perform show, pergi event event yang berbayar, endorsement, buat IG review dan sebagainya. Maknanya kalau buat kerja tu dapat duit, kalau tak buat tak dapat duit. Ia adalah sejenis pendapatan yang menukar masa dengan duit.

Contohnya, company XYZ call untuk W.A.R.I.S buat show 3 lagu dengan bayaran sekian sekian. Tapi last minute artis tak dapat datang, dan artis tak dapat payment sebab dia tak hadir.

Basically active income ni adalah income yang kena buat, kalau tak buat tak di bayar.

Show adalah contoh yang paling utama, paid review kat social media, media appearance yang berbayar. Macam pergi tengok wayang dan post kat Instagram dapat payment.

“DJ Fuzz, ada ke kerja yang tak buat apa apa dapat duit? Macam tak masuk akal jer..”

Ada, apa pulak tak masuk akal,

Ia adalah sejenis pendapatan yang dipanggil;

2) Passive/Residual Income

Passive Income adalah pendapatan yang kita jana bila kita sedang lepak.

“Biar betul”

Ya, tak perlu buat apa apa untuk dapatkan duit ini. Betul ke? Antara pendapatan yang boleh dapat ialah seperti sales dari iTunes, Spotify, Youtube. Royalty dari penjualan CD dan streaming, royalty sebagai seorang penulis lagu, royalty RPM, iaitu royalty yang dapat bila lagu lagu anda dimainkan di corong radio dan sebagainya.

Royalti tulis buku dan macam lagi jenis royalty.

Macam mana nak dapat royalty macam ni?

Kita kena jadi member dulu, jadi member MACP kalau jadi songwriter. Kalau kita musician dan sessionist atau vocalist kita jadi member RPM.  Ia bergantung kepada apa yang awak buat dan u belong to which association.

Kalau nak dapat royalty dari streaming pulak dapat dari syarikat rakaman. Manakala royalti dari buku dapat dari syarikat penerbit.

Jadi passive income ini adalah income yang kita dapat daripada asset yang kita buat. Walaupun kita dapat masa kita tak buat apa apa, sebelum kita dapat royalti tu still kita kena kerja kuat jugak.

5 SEBAB KENAPA FOUNDER BISNES KENA ADA LAGU PRODUK (JINGLES)

Ramai business founders kat luar sana yang dah try macam macam style marketing tapi tak banyak sangat improvement dia. Dah try buat iklan TV, iklan radio, billboard, masuk tv, keluar majalah, FB/IG ads tapi still kurang engagement dia.

Pernah try buat lagu? Maybe ini boleh menolong, ramai company dah buat lagu produk dgn saya dan Alhamdulillah dia menolong untuk menaikkan nama produk mereka.

Kenapa kena ada lagu produk?

Biasa kan dengar lagu lagu iklan yang catchy sampai melekat kat kepala. Last last kita beli product tu sebab iklan dia. Contohnya, “Adabi, melazatkan, Adabi menyelerakan”, atau kalau yang baru lagu iklan Calpis, “pipipipipi!”

Ada satu lagu yg saya buat utk Aurawhite, yg dinyanyikan oleh Ayda Jebat & W.A.R.I.S, “Shake shake shake uools”, itu banyak menarik perhatian ramai kerana chorusnya yg catchy.

Seperti yang saya cakapkan tadi, lagu lagu yg catchy boleh menangkap pendengar. Asalnya ia menjadi hiburan utk mereka tetapi lama lama kelamaan ia boleh mempengaruhi mereka utk membeli kerana sudah biasa dengan lagu itu.

Saya sering menggubah lagu lagu pop, lagu lagu pop ini kadangkala berjaya ke carta muzik Malaysia. Kenapa? Kerana sifatnya yg berbentuk catchy, senang diingati. Jadi apabila kita menggunakan lagu lagu catchy utk produk kita, ia boleh menolong dari melodi dan lirik lagu tersebut.

Dengarkan lagu lagu pop yg saya buat di sini;

https://www.youtube.com/user/fuzzmatazz

Setiap hari apabila kita buka phone, kita pasti melihat iklan. Guess what, remaja zaman sekarang tak suka tengok iklan. Mereka jarang tengok TV so mereka tak minat tengok iklan, kalau nak attract attention mereka kita kena inform dalam bentuk hiburan. Disinilah kita boleh gunakan lagu utk “menangkap” mereka!

Apabila kita membuat lagu produk, mesej mesej & branding produk itu boleh didengari. Apabila misi & visi company diletakkan didalam lagu, ia tidak akan jadi bosan lagi. Jadi, founder bisnes boleh letakkan slogan atau apa saja dalam iklan mereka. Contohnya, lagu yang saya buat utk Nouvelle Visage, “Nampak Lawa, Nampak Lawa, dia pakai NV!”

Dengarkan lagu lagu produk yang saya buat bersama Team Mixology untuk company company ini;