DJ Fuzz
Sekiranya terdapat individu yang mendukungi sempadan hip hop, DJ dan pembuatan beats sepanjang 15 tahun lepas di Malaysia, tidak lain tidak bukan, DJ Fuzz. Bukan sahaja dikenali menerusi lagu hit di corong radio, set speaker kelabnya, mixtape dan rancangan mix radio, DJ Fuzz sinonim dengan cinta dan keghairahannya terhadap muzik–tidak kiralah sama ada di balik konsol mahupun di studio.
Farzwa De Attaher Emir atau lebih dikenali DJ Fuzz mula mendapat populariti dalam kalangan masyarakat dan peminat hip hop tanah air sekitar 1999. Beliau mula mendapat kepercayaan setelah menjadi ahli kumpulan hip hop Teh Tarik sekali gus mengukuhkan statusnya dalam scene hip hop Malaysia. Sebelum ini, beliau juga kerap menyertai pertandingan DJ, menjuarai Vestax Extravaganza dan Pioneer Digital Championship selama enam kali berturut-turut.
Sebagai DJ solo dan kru DJ Stylustiks, Fuzz telah membuat persembahan di negara seperti Britain, Ireland, Japun, Taiwan, China, Maldives dan negara Asia Tenggara.
DJ Fuzz dapat penghargaan daripada International DJ Association. Selain mengendalikan kelas DJ miliknya, Mixology DJ Academy, beliau menjadi DJ rancangan mix di stesen radio nombor 1 di Malaysia, Era FM. Beliau juga mengendalikan rancangannya berjudul Mixology on Mix1620, sebuah stesen radio berpangkalan di New Jersey, Amerika Syarikat. Lagu-lagu hit beliau mengungguli bukan sahaja carta radio Malaysia malah Singapore dan juga Brunei.
Sebagai tambahan kepada DJ, DJ Fuzz kini sedang fokus membina empayar muzik menerusi label rakaman bebas miliknya, Mixology Music bersama bala tenteranya seperti Waris, Zizi Kirana, Hez Hazmi, Mark Adam , Eleena Harris, Juzzthin dan ramai lagi yang mengeluarkan lagu hit setiap tahun. Beliau juga memiliki syarikat produksi muzik, Mixology Publishing, Mixology Training dan beberapa cabang bisnes lain dikeliling pinggangnya.
Pencapaian dan Anugerah:
Playaz/Ecler DJ Championship 2001 (Juara Scratch)
Malaysian Vestax Extravaganza DJ Championship 2002 (Finalis)
Malaysian Vestax Extravaganza DJ Championship 2003 & 2004 (Juara)
World Vestax Extravaganza in Tokyo, Japan 2004 (Top 12)
Pioneer Digital DJ Battle 2003, 2004 & 2005 (Juara)
Asian Pioneer Digital Battle 2006 (Naib Juara)
Ahli rasmi Bum Squad DJz Worldwide (2005-2011)
VIMA 2008 Anugerah DJ Kelab Terbaik
AIM 2009 Album Hip Hop Terbaik (Malique – OK)
AIM 2010 Album Hip Hop Terbaik (KO The Mixtape)
AIM 2010 Lagu Hip Hop Terbaik (Malique – Cerita Kedai Kopi)
AIM 2013 Lagu Hip Hop Terbaik (Salammusik – Aku Pelat)
Anugerah Juara Lagu 2013 (Salammusik-Aku Pelat) (Finalist)
Anugerah Juara Lagu 2014 (Waris ft Dato Hattan-Gadis Jolobu) (Finalis)
MACP Award 2015 Kategori Lagu Melayu Paling Kerap Dimainkan (Waris ft Dato Hattan-Gadis Jolobu)
MACP Award 2016 Kategori Lagu Melayu Paling Kerap Dimainkan (Waris ft Dato Hattan-Gadis Jolobu)
