Kita
sebagai artis, pada dasarnya adalah sejenis produk, and we are the walking
product. Mana mana kita pergi kita bawak brand kita, kerana kita adalah brand
itu. Setiap produk mesti ada packaging, betul? Jadi untuk memastikan anda
sebagai product yang laris anda haruslah pastikan packaging anda menarik, kena
dengan konsep dan sebagainya.
“Saya
tak faham, apa kena mengena produk camtu dengan imej, kita artis kot, bukannya
barang!”
Lek
lu bro, jangan neves… Basically….We, are the business.
Imej
setiap artis adalah penting dari segi rupa, gaya muzik dan lain lain.
Contohnya,
kalau kita buat musik hip hop, nama kena sama dengan tema, buat lagu hip hop, tapi
pakaian macam tak masuk je. So make sure yang muzik dan penampilan kita sama
ngan tema kalau boleh.
Katakanlah saya artis nasyid, dan saya pakai baju jeans koyak koyak dan nama saya adalah nama artis hip hop, kena ke tak kena?
SAYA MENANGIS KAT BACKSTAGE SEBAB TAK MASUK SEMI FINAL!
Ini adalah gambar throwback my first DJ Battle tahun 2000. Masa tu ramai DJ DJ power yang join battle ni. Ada DJ TBone, DJ Goldfish, DJ Uno dan lain lain DJ yang bagus. Judge dia pulak legend legend cam Jakeman, DJ Face dan lain2.
Masa time tu saya baru je belajar kat sekolah DJ, baru dapat ilmu scratching, so nak dijadikan cerita kita semua join la battle ni. .
Battle ni di bahagikan kepada dua category, Overall & Scratching category. So kita kena masuk dua2. Nak tau kenapa saya nangis backstage? Teruskan membaca..
So beberapa bulan sebelum battle tu saya dah praktis kaw kaw, kena ingat semua routine. Dah lah kena praktis ber jam jam, setiap hari. Penat satu hal, tangan dah naik melecet dah. Routine yang saya praktis tu, bila sampai haritu saya dah mmg hafal teruk dah. Maknanya mmg takkan lupa lah 6 min punya set tu, yang penuh dengan scratching, beat juggling dan body tricks tu.
Bila time dipanggil tu, saya pegang semua piring hitam saya dan terus naik ke stage.. Bila naik stage semua mata tertumpu kepada saya… Ramai lah pulak orang…lampu pulak terang…
Mulalah rasa nervous. Bila dah neves camni tangan mulalah berpeluh dan menggeletar. Rasa seram sejuk. Bila pegang record tu tangan menggigil sampai nak masuk record ke turntable pun terkial kial…
Saya pun buatlah routine set saya. Dengan bercampur neves saya perform jugak dan ada jugak buat salah sana sini, tapi biasalah.. memang susah nak perfect, lagi lagi first time kan.Lepas tu saya masuk category scratching pulak.
Bila time dia announce semi final tu, nama saya tak disebut. Apa lagi, saya mmg terus down lah! 😥 Ingat at least boleh la pergi second round, last last tak kemana. So terus sedar sedar dah nangis je backstage! Lemah betul…
Di penghujung battle tu, dia announce winner. Tiba tiba saya terlupa ada satu lagi category, scratching. Tau tau dia announce NAMA SAYA!! Wow saya tak sangka boleh menang part tu.
So moral of the story is: Kalau ada satu benda tu tak jadi, ada hikmahnya. Ada peluang lain kat tempat lain yang kau takkan sangka
Siapa setuju, komen “saya” 👇👇👇
Pada
dasarnya, ada dua jenis pendapatan yang boleh di nikmati oleh artis rakaman,
iaitu;
1)
Active Income
Active
income adalah pendapatan yang kita dapat bila kita buat benda tu, contohnya
perform show, pergi event event yang berbayar, endorsement, buat IG review dan
sebagainya. Maknanya kalau buat kerja tu dapat duit, kalau tak buat tak dapat
duit. Ia adalah sejenis pendapatan yang menukar masa dengan duit.
Contohnya,
company XYZ call untuk W.A.R.I.S buat show 3 lagu dengan bayaran sekian sekian.
Tapi last minute artis tak dapat datang, dan artis tak dapat payment sebab dia
tak hadir.
Basically
active income ni adalah income yang kena buat, kalau tak buat tak di bayar.
Show
adalah contoh yang paling utama, paid review kat social media, media appearance
yang berbayar. Macam pergi tengok wayang dan post kat Instagram dapat payment.
“DJ
Fuzz, ada ke kerja yang tak buat apa apa dapat duit? Macam tak masuk akal
jer..”
Ada,
apa pulak tak masuk akal,
Ia
adalah sejenis pendapatan yang dipanggil;
2)
Passive/Residual Income
Passive
Income adalah pendapatan yang kita jana bila kita sedang lepak.
“Biar
betul”
Ya,
tak perlu buat apa apa untuk dapatkan duit ini. Betul ke? Antara pendapatan
yang boleh dapat ialah seperti sales dari iTunes, Spotify, Youtube. Royalty
dari penjualan CD dan streaming, royalty sebagai seorang penulis lagu, royalty
RPM, iaitu royalty yang dapat bila lagu lagu anda dimainkan di corong radio dan
sebagainya.
Royalti
tulis buku dan macam lagi jenis royalty.
Macam
mana nak dapat royalty macam ni?
Kita
kena jadi member dulu, jadi member MACP kalau jadi songwriter. Kalau kita
musician dan sessionist atau vocalist kita jadi member RPM. Ia bergantung kepada apa yang awak buat dan u
belong to which association.
Kalau
nak dapat royalty dari streaming pulak dapat dari syarikat rakaman. Manakala
royalti dari buku dapat dari syarikat penerbit.
Jadi passive income ini adalah income yang kita dapat daripada asset yang kita buat. Walaupun kita dapat masa kita tak buat apa apa, sebelum kita dapat royalti tu still kita kena kerja kuat jugak.
Berjaya itu definisi nya sangat luas. Ada yg diukur melalui dalam bentuk wang dan pendapatan, mungkin sesetengah org define berjaya adalah bila lagu masuk radio, ada yg rasa berjaya bila menang award. Jadi lain lain artis lainlah persepsi mereka tentang berjaya. Topik ini ada saya huraikan di buku “Nak Jadi Artis Rakaman?” saya.
Ok, jadi soalannya apakah ciri ciri utama artis yang berjaya? Lihat ciri ciri dibawah👇
1 Sentiasa berfikiran positif
Mereka mungkin akan melalui naik turun dalam industri tetapi mereka sentiasa melihat pada perkara yg positif sahaja. Lagu tak masuk carta? View Youtube tak naik sejuta? Tak apa, rezeki akan ada menanti nanti
2 Sentiasa Bekerja Keras
Mereka sentiasa buat something. Lagu baru, video baru, project baru etc. Takda funding? Cari. Takda Show? Cari.
3 Fokus pada matlamat
Biar apa org ckp sekalipun, mereka sentiasa fokus pada target diorang. Setahun, 5 thn, 10 tahun, mereka akan sentiasa fokus & persistent dalam apa yg mereka buat.
4 Beretika & Jujur
Ini adalah satu kriteria yg wajib ada pada semua artis. Pada mulanya mereka akan beretika tapi lama kelamaan bila mereka dah start buat duit ada yang akan gelap mata & menyimpang dan tak jujur bila berurusan. Kebanyakan drpd mereka berfikir short term, lama kelamaan mereka akan hilang dan luput. Artis yg berjaya akan fikir long term.
5 Minda Usahawan
• Cuba lihat disekeliling kita. Artis yang berjaya biasanya mempunyai minda usahawan. Singing is not just a job. You are a business. Treat your career like a business.
Siapa yang nak ada ciri ciri macam ni & nak berjaya, cakap “SAYA!”✋✋✋
Orang
tak tahu muzik dia best, ramai org tak tahu muzik dia best dan dia tak tahu
macam mana nak bagi tau muzik dia best.
Macam
mana nak promosi artis baru ni?
OK,
semua org ada phone yang ada internet kan? That’s your no 1 marketing tool.
Social
media, that is where you market your music.
Bayangkan
semua orang sekarang tengah tengok phone. Ada yang tengok fesbuk, ada yang
layan IG story, ada yang shopping kat Lazada, ada yang tengah tengok video
trending kat Youtube. Persoalannya ialah;
Macam
mana korang nak tarik diorang layan muzik korang kat internet tu?
Simple,
you give them what they want. Which is entertainment and content.
Apa
jenis entertainment & content yang patut diberi?
Macam
macam benda kita boleh bagi. Contohnya, korang boleh buat benda benda senang
seperti buat cover. Kalau nak buat vlog pun ok kat Youtube, kat Instagram boleh
buat 1 minit cover. Kalau pandai tentang sesuatu perkara boleh buat sharing.
Boleh buat video behind the scene. Buatlah apa apa content yang diorang nak
tengok.
Bila
korang bagi content yang lain daripada lain, lagi cepat nak dapat attention
diorang (bakal followers).
Lagi
kerap lagi best. Bila diorang dah hooked to you, barulah senang nak promote
lagu baru, video baru dan sebagainya.
The
internet, that is your number one marketing tool.
Lain
lah macam dulu dulu kita selalu semua kena tunggu depan pintu shopping mall
sebab nak kena pass flyers kat orang supaya pergi show kita.
Ok
cerita pasal zaman sebelum internet ni, dulu kalau nak promote lagu ke, show
ke, kita kena buat iklan atas kertas. Kita boleh buat dalam bentuk flyer,
poster, majalah dan sebagainya. So kalau nak buat iklan tu kos dia memang lah
lagi besar dari sekarang. Sekarang almost everything is free. Semua orang boleh
promote material diorang kat social media.
Jadi sekarang ni kalau nak naik kena gunakan internet sebagai salah satu marketing tool utama. Kalau tak tau macam mana nak guna, rugi!
Malcolm
Gladwell dalam buku beliau “Outliers” ada cakap, kalau kita nak mahir dan pakar
dalam sesuatu benda, kita kena apply 10,000 hour rule, maksudnya kita kena buat
benda yang sama 20 jam seminggu selama 10 tahun . Kalau kita tak sampai, kita belum
master, no excuse.
Mendiang
Bruce Lee pun ada cakap “I fear
not the man who has practiced 10,000 kicks once, but I fear the man who
has practiced one kick 10,000 times.”
Maknanya, lebih baik
focus kat satu benda dan buat 10,000 kali daripada pandai macam macam benda
tapi tak master dalam bidang itu.
“So
apa kena mengena benda ni dengan music? Kita bukan nak belajar kung fu DJ Fuzz”
Musician
pun kena banyak practice, kalau nak jadi terer lah. Practice perform, practice
menyanyi, practice apa apa jelah yang berkaitan. Saya selalu dengar musicians
saya practice. Diorang dah berpuluh tahun jadi musicians, dah level otai lejen
dah tapi diaorang still practice.
Dulu
saya tak pernah dengar pasal teori 10,000 jam ni tapi kalau saya nak masuk
competition saya akan practice pagi petang siang malam selama enam bulan, just
for that battle.
Saya
akan belajar lagi dan praktis lagi dari tahun 1999 sampailah 2006. Lepas saya
menang 6 title Malaysian championship, masuk Asia Final sekali dan masuk World
Final sekali barulah saya stop praktis kejap.
Lepas
tu lama tak battle skill saya jadi karat balik. Patutlah kena praktis selalu,
rupanya kalau tak buat bertubi tubi skill tu boleh hilang.
That’s
why baru saya faham kenapa kawan kawan saya yang musicians tu practice sampai
harini. Inilah sebabnya…
“Itu
untuk orang yang nak jadi expert je DJ Fuzz, saya nak jadi famous je, kenapa
pulak saya nak kena praktis camtu?”
Sebelum
awak jadi femes awak kena naikkan nama awak dulu, camne tu? Dengan cara
inilah….
Ramai
orang ingat penyanyi tu semua bakat datang semulajadi je. Mana ada, diorang
praktis bertahun tahun intensif hardcore punya training. Itu sebab diorang
naik, sebab benda tu dah boleh buat sebelah mata je.
Kalau
kita naik dengan cara senang, kita turun pun dengan cara mudah. Hard work pays
bro..
Kesimpulannya, kalau awak sentiasa practice dan maintain skill power, tiada siapa boleh amik title awak. U are the best because u practice 10,000 hours and more.
Selain
daripada show dan digital lagu, kita boleh buat duit dari merchandise.
Apa
benda tu merchandise?
Alaa,
kan kalau kita pergi show lepas tu dia ada bukak booth jual CD, Tshirt, sticker
dan lain lain, itu semua artist merchandise lah.
Merchandise
ini boleh menambah pendapatan seseorang artist u, apalagi kalau dia buat
sendiri merch dia. Dulu saya ada kenal satu artis hip hop underground ni, dari
US, katanya jualan diorang punya merch lagi banyak dari show diorang. Lebih
kurang 1 juta USD! Biar betik!
Ok
takyah aim gila gila sangat, bayangkan sebulan dapat buat sales 2-3 ribu
sebulan, bila nak bermula tu, ok tu.
Nak
buat merchandise ada sesikit koslah, tapi tak terlalu mahal. Kalau nak start
awak boleh start dengan barang barang wajib seperti tshirt dan CD. Lepas tu
boleh lah expand kalau nak.
Yang
seronoknya, orang akan beli merch kita bila diorang enjoy show kita. Bila masa
show tu, jangan lupa announce, “Ok kalau korang suka muzik kami, kat belakang
kami ada bukak booth, kami ada tshirt, CD dan sebagainya, support ya kalau
minat? Thank u!”
Your
fans akan suka benda yg korang release dan akan beli bila kita offer mereka.
Bila
diorang minat dengan muzik awak diaorang akan cari barang barang yang boleh di
simpan. Lepas show tu diorang mesti nak bawak balik souvenir, dalam bentuk CD
ke, gambar dan autograph ke, tshirt ke.
Ini
sebab kalau diorang nak dengar lagu diorang boleh je bukak streaming, tapi
benda tu bukan boleh dibawak pulang ke rumah sebagai kenangan. So peminat
peminat mesti nak bawak balik benda untuk kenang kenangan. Kadang kadang tu dia
tak dengar pun, Joox kan ada, Spotify kan ada. CD tu memang untuk diorang
simpan je.
Amik
peluang untuk buat merchandise merchandise ni. Macam macam jenis merch boleh
buat, cap, tshirt, mug, sticker, pin, payung, sepit baju, beg sampah, periuk
belanga, botol kicap, suka hatilah janji sesuai dengan your music.
Do
them a favor, make your fans happy, at the same time earn a lot of money on the
side buat merchandise ni. Jangan risau kalau ada peminat, mesti ada yang nak
beli. Kalau saya minat artist tu saya pun akan beli merch dia.
So, apa merchandise yang sesuai untuk fans korang?
Kita
perlu ada target, dan target kita kena jelas.
Kena
ada target jangka masa pendek, jangka masa panjang, target yang besar, target
kecik dan sebagainya.
Contohnya,
“Tahun
ni saya nak buat 10 lagu!”
Make
sure ada target, kalau takda kita takkan pergi ke arah itu.
Ramai
orang selalu nak jadi artis tapi tak buat apa apa, hanya berharap yang
something great will happen, tapi takda target. Macam mana benda tu nak sampai
kalau kita tak buat?
Itu
sebab, kita kena tulis target tu, bila kita tulis, dia akan macam pressure kita
untuk buat benda tu. Lepas dah tulis plan, barulah boleh merangka strategi
untuk sampai sana.
Saya
sentiasa tulis target saya setiap hari, bulan minggu dan tahun. Kalau saya tak
dapat buat, saya akan bawa ke depan dan habiskan secepat mungkin.
Orang
tanya saya, “Macam mana DJ Fuzz boleh release 100 lagu dalam setahun?”
Saya
tulis target saya, sebulan nak release berapa, seminggu kena buat berapa beat dan
sebagainya. Takda target, takda achievement. Simple.
Kalau
nak release 12 lagu setahun, kita kena buat 1 lagu sebulan. Nak tak nak kena
siapkan. Contohnya, tahun ini saya merancang untuk keluar 2 buku dan 4
instrumental album.
“Banyaknya
DJ Fuzz, ada ke masa nak habiskan projek projek tu?”
Inilah
masanya untuk saya plan macam mana saya nak achieve target tu, ini termasuklah
rancang jadual harian saya, berapa mukasurat setiap minggu saya kena tulis,
berapa beats saya kena buat seminggu dan sebagainya. Selagi saya tak achieve
selagi tu saya tak akan berhenti.
Kenalah
disiplin sikit, kalau kita tak push diri kita siapa nak push kita?
Ramai
yang nak jadi famous tapi taknak buat effort tu, so susahlah kalau duduk je.
Kita kena plan & execute!
So
mulai hari ini, awak buat perancangan. Apa nak buat, bila dan due date
sebagainya ok?
Janji?
Ok cun!
Tiada perancangan, merancang untuk gagal maknanya.
Kalau korang berminat untuk belajar cara cara efektif untuk memulakan kerjaya dalam bidang muzik ni, saya rekomen buku “Nak Jadi Artis Rakaman?” Ada kat banyak kedai buku tapi kalau nak cepat, order melalui Whatsapp je senang; 0125357769
Untuk artis artis yang baru, ok ke buat show free ni?
Banyak org cakap kat saya, “Saya tak nak buat show free ni DJ Fuzz, kalau nak, diaorang kena
bayar”.
Amboiii,
hebatnya awak! Hahaha gurau je…
Pendapat
saya, its ok pada mulanya free, kerana kalau you tak buat show free you susah
nak dapat promotion dan publicity. Kerana bila baru start, takda siapa nak
panggil kita perform.
Nanti
bila dah ada permintaan barulah kita start charge diorang.
So,
kita tak boleh letak harga bila takda permintaan kat muzik kita. Biar buat free
dulu, daripada sendu je. Daripada nak berkira sangat dengan bayaran tu, orang
pun boleh berkira gak. Baik dia bayar artis yang boleh bawak crowd. Real talk.
Hahaha jangan terasa ok.
“Jadi
bila masanya nak ada permintaan tu?”
Sabarlah
dulu. Biasanya permintaan tu datang bila lagu awak masuk radio, atau jadi
viral, atau lagu masuk carta Joox misalnya. Bila orang dah nampak baru dia nak
panggil show.
Slowly
nanti ada je yang akan call kita untuk perform, bila makin ramai permintaan,
barulah boleh naikkan harga. Jangan start start je dah charge mahal, rilek dulu
beb.
“Habis
tu kalau bagi free je, macam mana nak cari makan DJ Fuzz?”
Saya
bukan cakap bagi free sampai bila bila. Buat masa ni bagilah beberapa show
untuk promosi, tapi lama lama nanti pasti dapat banyak tawaran punya. Melainkan
show awak tak best langsung. Itu kalau bagi free pun orang tak nak.
Dulu
saya selalu je bagi free show masa mula mula dulu. Kadang kadang dia bayar
sikit pun saya ambik je dulu. Lama lama tu bila orang dah start call barulah
kita boleh demand harga.
Bayangkan
show free ni macam satu investment..
“Investment
apa pulak ni, saya yang kena nyanyi free camne nak dapat pulangan tu?”
Rilek
dulu. Free show adalah sejenis pelaburan, pelaburan masa. Bayangkan kalau kita
nak buat iklan kita kena bayar kan?
Jadi
show free macam dapat buat iklan tapi free. Bila orang dah tengok selalu iklan
tu, dia pasti akan tertarik kalau produk anda menarik. Itulah masanya kita akan
dapat pulangan daripada investment kita, apabila orang dah heboh cerita pasal
artis baru yang best ni…
Banyak lagi tips yang saya boleh kongsikan nanti pada masa yang akan datang. Jangan lupa follow saya kat blog ni.
Kalau korang berminat untuk belajar cara cara efektif untuk memulakan kerjaya dalam bidang muzik ni, saya rekomen buku “Nak Jadi Artis Rakaman?” Ada kat banyak kedai buku tapi kalau nak cepat, order melalui Whatsapp je senang; 0125357769
Kira
bars? Apa benda tu. Chocolate bars ke apa ni?
Ini
adalah benda yang teknikal. Dulu sekolah sekolah ada belajar. Time pelajaran
muzik dulu, kan dulu masa main recorder tu kita kena baca score tu, (mesti tak
ingat kan? hahaha)
Ok
1 bar ialah dalam 4 kiraan.
Kick/Snare/Kick/Snare
= 4 kiraan = 1 bar
Cuba
try nyanyi satu bahagian lagu, dan tepuk ikut beat dia. Kira berapa kali tepuk.
Setiap 4 tepukan adalah 1 bar.
Dum
tak Dum tak = 1 bar
So
, kalau 16 bar , Dum Tak Dum Tak darab 16
Faham
ke faham?
“Kenapa
nak kira bar bar ni DJ Fuzz? Apa faedahnya?”
Musicians
dan artists kira panjang lagu dengan kiraan ini. Biasanya kita akan kira dalam
beberapa saat kan? Benda ni tak accurate.
Contohnya
kalau ada orang nak saya perform scratching kat lagu dia, saya akan tanya “Kau
nak aku scratch kat lagu kau berapa bars?” Bukannya berapa saat., ataupun,
scratch sampai gitar masuk. Itu tak accurate. Kena kira beats pakai bars.
So
berapa bar ada dalam chorus lagu? Cuba kira berapa bar chorus lagu favourite
awak.
Biasanya
dalam chorus ada 8 bars, verse rap dalam 12 hingga 16, intro lagu 4 hingga 8.