
“Kalau dah hilang job show camne nak survive ni?” .
Akan ada suatu hari nanti seseorang artis akan kurang dpt permintaan utk show. Macam mana artis boleh buat duit tanpa performance? Pertama sekali artis kena tahu yang shows harus menjadi SALAH SATU punca pendapatan mereka, bukan the only source of income. Jadi mereka juga kena tahu apa lagi punca pendapatan yang ada. Memang kita semua tahu yang show adalah punca paling besar, tapi bayangkan kalau satu hari nanti bila dah ada ramai artis baru yang take over, artis artis ini kena fikirkan cara untuk counter problem ni. Apakah cara cara alternative unutk buat duit selain perform?
1) Artis boleh berlakon: Berlakon drama, filem, theater dan lain lain. Selain daripada mengajar kita skills baru, pendapatan dari seorang pelakon tak kurang hebatnya sama seperti penyanyi.

2) Artis boleh mengajar menyanyi: Ada ramai artis yang nyanyian mereka hebat hebat, sampai boleh jadi cikgu. Itu pun ok jugak. Ada juga artis yang buka sekolah vocal, ini boleh mendokong kerjaya mereka.

3) Artis boleh jadi influencer/product reviewer: Di media sosial sekarang memang ramai artis yang buat review tiap tiap minggu. Mereka ini dibayar beberapa ribu untuk satu post, jadi ini boleh menjadi sumber pendapatan yang lumayan. Walaupun dah lama jadi artis, jika jumlah followers ramai, ini boleh membantu create another source of income.

4) Artis buat bisnes: Ada ramai juga artis yang mempunyai minda usahawan: Cara ni memang risky, tapi kalau mereka buat betul betul memang berbaloi. Ramai artis yang jadu jutawan selepas mereka start bisnes, bukan semasa mereka jadi popular menyanyi. Itu satu income potential.

5) Menjadi pelabur dan lain lain: Ada macam macam lagi benda yang artis boleh buat dan dapat. Yang pastinya jika kita ada pelbagai jenis pendapatan, ia boleh menolong kita untuk support expenses kita, sekiranya show dah kurang. Pendek kata kena ada MULTIPLE SOURCES OF INCOME. #tipsdjfuzz
.
Siapa yg dah start ada multiple sources of income, komen dibawah? 👇👇👇