NAK BELAJAR BUAT BEAT ?

BUKU NI DAH DEDAHKAN RAHSIA MACAM MANA NAK BUAT BEATS YANG BOLEH HIT MELETOP LETOP! RAMAI DAH BELAJAR BUAT BEATS DAN APPLY KAEDAH NI.

“DJ FUZZ, saya nak belajar BUAT BEATS HIP HOP tapi TAK RETI camne, boleh ajar??”

BOLEH. Ramai jer at luar tu yang tahu buat beat, semuanya lit, tapi bila nak jual terkapai kapai macam takda sape nak beli…. Ahhhh…

WHY? WHY? WHY?

Dah penat bagi free? Dah berapa kali release lagu tak hit hit gak? Apsal eh? Apsal rapper tu beat dia biashe biashe je tapi hit terox? Sekarang mmg lagi lah susah… ada ramai yg terer buat beats tapi takda jalan…

Ramai juga yang upload cover kat Youtube, tapi tak naik gak nama.

DRUMS POWER ke, synth mahal ke, mixing terer ke, belum tentu lagi dapat perhatian…. Apsal eh??

Inilah sebabnya ANDA memerlukan BUKU INI!!!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++
“BUAT BEATS BUAT DUIT”
+++++++++++++++++++++++++++++++++++
DJ Fuzz

KETAHUI CARA CARA

  • Membuat beats dengan cara paling mudah
  • Jual beats anda kepada artis
  • Memasarkan beats anda ke media sosial
  • Bekerjasama dengan komposer yang lain
  • Menjana kewangan melalui penerbitan muzik

ORDER SEKARANG!

atau whatsapp 0125357769 untuk pertanyaan lanjut

whatsapp link : http://buatbeatsbuatduit.wasap.my

“DJ FUZZ, CAMNE NAK DAPATKAN BUKU NI? CAM BEST JER!”

LEK LU BRO……..

SEBELUM TU SAYA NAK BAGI BONUS FREE GIFT

“Wow! ADA FREE GIFT LAGI??
BONUS!

Jika anda order sekarang, saya akan bagi free gift:

+++++++++++++++++++++++++++++++++++
2 CD FREE DAN POSLAJU FREE (NILAI RM47)
DENGAN HARGA RM39.90!!!
+++++++++++++++++++++++++++++++++++

“WOW, camne nak order ni?”

JUST CLICK DI SINI;

WHATSAPP 0125357769

WHATSAPP

WHATSAPP

Rahsia untuk menjadi komposer Hip Hop terkemuka!

(AMARAN) Buku ini ditulis untuk orang yang serius nak jadi composer hip hop dan betul betul nak tahu macam mana nak buat duit dalam industri ni!

Otai otai telah bersuara!

“DJ Fuzz dah tuliskan langkah langkah awal untuk buat beat/lagu. Harus baca untuk sesiapa yang nak mula dalam bidang ini”

Altimet – pemenang pelbagai anugerah muzik, Artis Hip Hop

“Ia bukan sekadar sebuah buku tetapi suatu alat yang cukup berguna sebagai panduan dalam arena muzik professional di Malaysia. Ia mudah dibaca serta sarat dengan bertahun tahun pengalaman untuk dikongsikan. Semestinya, ada sesuatu untuk semua orang!”

D’Navigator – Producer untuk Altimet, Malique, Too Phat dan pelbagai lagi artis hip hop.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++
SIAPA SAYA & BAGAIMANA SAYA BOLEH

BANTU ANDA BUAT BEATS YANG MELETOP???
+++++++++++++++++++++++++++++++++++

DJ FUZZ

Sejak lima tahun lalu, jika kita berbicara tentang lagu lagu hit di radio dan siapakah DJ yang telah menaikkan persada muzik hip-hop dan pop kesatu tahap yang baru, seluruh Malaysia pasti bersetuju untuk menuding jari pada DJ FUZZ.

DJ Fuzz dikenali kebanyakan peminat muzik hip-hop di Malaysia serta kelompok global bermula sejak tahun 1999, ahli kumpulan Teh Tarik Crew, sebuah kumpulan Hip-hop yang telah menjadikan titik tolak kerjayanya dan kekal sebagai penggiat arena Hip-hop tempatan. Pada masa yang sama, DJ Fuzz juga kerap kali menyertai pertandingan DJ dan memenangi pertandingan seperti Vestax Extravaganza dan Kejuaraan Pioneer Digital 6 kali berturut-turut.
Sebagai seorang DJ solo dan salah seorang kru DJ Stylustiks, Fuzz telah membuat banyak persembahan di luar Negara seperti UK, Ireland, Jepun, Taiwan, China Kepulauan Maldives dan Negara-negara serata Asia Tenggara.

Nama DJ Fuzz telah diiktiraf ke dalam pertubuhan DJ antarabangsa. Beliau juga telah membuka akademi DJ miliknya sendiri iaitu Akademi Mixology DJ. Fuzz juga menjadi mix DJ untuk pelbagai radio di Malaysia termasuklah Era FM, stesyen no 1 Malaysia dan pernah mengendalikan rancangannya sendiri The Mixology di Mix1602, sebuah aplikasi radio internet HD berpusat di New Jersey, Amerika Syarikat. Hari ini, lagu-lagunya sering berkumandang di radio radio tempatan di seluruh Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Kini, DJ Fuzz sudah mengurangkan aktiviti persembahan kerana optimis untuk membina empayar dengan menubuhkan syarikat rakaman Mixology Music. Bermula dengan gah, nama-nama artis seperti Mark Adam, Waris, Juzzthin dan ramai lagi bintang popular bernaung di bawahnya. Bukan itu sahaja, DJ Fuzz turut mengendali syarikat penerbitan muzik Mixology Publishing dan pelbagai perniagaan yang lain.

ORDER SEKARANG!

PENCAPAIAN DJ FUZZ:

Playaz/Ecler DJ Championship 2000 (Juara Kategori Scratching)
Malaysian Vestax Extravaganza DJ Championship 2002 (Finalis)
Malaysian Vestax Extravaganza DJ Championship 2003 & 2004 (Juara)
World Vestax Extravaganza di Tokyo, Jepun 2004 (Top 12)
Pioneer Digital DJ Battle 2003, 2004 & 2005 (Juara)
Asia Pioneer Digital Battle 2006 (Tempat kedua)
VIMA 2008 Anugerah Club DJ Terbaik
AIM 2009 Album Hip Hop Terbaik (Malique – OK)
AIM 2010 Album Hip Hop Terbaik (KO The Mixtape)
AIM 2010 Lagu Hip Hop Terbaik (Malique- CeritaKedai Kopi)
AIM 2013 Lagu Hip Hop Terbaik (Salammusik-Aku Pelat)
Anugerah Juara Lagu 2013 (Salammusik-Aku Pelat) (Finalis)
Anugerah Juara Lagu 2014 (Waris ft Dato Hattan-Gadis Jolobu) (Finalis)
Anugerah MACP 2015 Kategori Persembahan Terbanyak Lagu Melayu
Anugerah MACP 2016 Kategori Persembahan Terbanyak Lagu Melayu

Oleh kerana saya sudah berada di dalam industri selama lebih kurang 20 tahun , dan saya juga mengendalikan syarikat rakaman serta berjaya mencipta banyak lagu lagu hit di dalam industri ini, saya boleh membantu anda untuk mencapai target anda untuk menjadi komposer hip hop terkemuka tanah air..Insha Allah…

ORDER SEKARANG!

>Whatsapp 0125357769 <<

>>Whatsapp 0125357769 <<

>>Whatsapp 0125357769 <<

Atau boleh order di;
Instagram @mixologymerchandise
Instagram @mixologymerchandise
Instagram @mixologymerchandise

Atau boleh click disini untuk preorder!

WHATSAPP 0125357769

WHATSAPP 0125357769

WHATSAPP 0125357769

Order sekarang sebelum HABISSS

Music students – Semasa dan selepas belajar di Uni..

Untuk sesiapa yang belajar di university jurusan muzik atau industri muzik, semasa kita di sana, kita belajar segala macam topik sampai tepu kepala.

Lepas habis belajar exam dapat grade yang power, siap ada yang Dean’s list. Grades tu memang power tapi bila kita masuk industry, grades tu semua tak cukup, kenapa?

Sebab kalau grades yang power mungkin boleh menolong kita dapat kerja yang bagus, gaji yang bagus, tetapi jika anda inginkan kerjaya sebagai seorang penghibur, atau usahawan syarikat rakaman, anda perlukan lebih dari grades.

Anda memerlukan marketing.

Macam mana orang nak tau anda berbakat, terer dan berkredibiliti kalau anda tak pernah buat self promotion?

Imej sebagai artis #tipsdjfuzz

Kita sebagai artis, pada dasarnya adalah sejenis produk, and we are the walking product. Mana mana kita pergi kita bawak brand kita, kerana kita adalah brand itu. Setiap produk mesti ada packaging, betul? Jadi untuk memastikan anda sebagai product yang laris anda haruslah pastikan packaging anda menarik, kena dengan konsep dan sebagainya.

“Saya tak faham, apa kena mengena produk camtu dengan imej, kita artis kot, bukannya barang!”

Lek lu bro, jangan neves… Basically….We, are the business.

Imej setiap artis adalah penting dari segi rupa, gaya muzik dan lain lain.

Contohnya, kalau kita buat musik hip hop, nama kena sama dengan tema, buat lagu hip hop, tapi pakaian macam tak masuk je. So make sure yang muzik dan penampilan kita sama ngan tema kalau boleh.

Katakanlah saya artis nasyid, dan saya pakai baju jeans koyak koyak dan nama saya adalah nama artis hip hop, kena ke tak kena?

Macam mana nak buat duit sebagai artis rakaman?

Pada dasarnya, ada dua jenis pendapatan yang boleh di nikmati oleh artis rakaman, iaitu;

1) Active Income

Active income adalah pendapatan yang kita dapat bila kita buat benda tu, contohnya perform show, pergi event event yang berbayar, endorsement, buat IG review dan sebagainya. Maknanya kalau buat kerja tu dapat duit, kalau tak buat tak dapat duit. Ia adalah sejenis pendapatan yang menukar masa dengan duit.

Contohnya, company XYZ call untuk W.A.R.I.S buat show 3 lagu dengan bayaran sekian sekian. Tapi last minute artis tak dapat datang, dan artis tak dapat payment sebab dia tak hadir.

Basically active income ni adalah income yang kena buat, kalau tak buat tak di bayar.

Show adalah contoh yang paling utama, paid review kat social media, media appearance yang berbayar. Macam pergi tengok wayang dan post kat Instagram dapat payment.

“DJ Fuzz, ada ke kerja yang tak buat apa apa dapat duit? Macam tak masuk akal jer..”

Ada, apa pulak tak masuk akal,

Ia adalah sejenis pendapatan yang dipanggil;

2) Passive/Residual Income

Passive Income adalah pendapatan yang kita jana bila kita sedang lepak.

“Biar betul”

Ya, tak perlu buat apa apa untuk dapatkan duit ini. Betul ke? Antara pendapatan yang boleh dapat ialah seperti sales dari iTunes, Spotify, Youtube. Royalty dari penjualan CD dan streaming, royalty sebagai seorang penulis lagu, royalty RPM, iaitu royalty yang dapat bila lagu lagu anda dimainkan di corong radio dan sebagainya.

Royalti tulis buku dan macam lagi jenis royalty.

Macam mana nak dapat royalty macam ni?

Kita kena jadi member dulu, jadi member MACP kalau jadi songwriter. Kalau kita musician dan sessionist atau vocalist kita jadi member RPM.  Ia bergantung kepada apa yang awak buat dan u belong to which association.

Kalau nak dapat royalty dari streaming pulak dapat dari syarikat rakaman. Manakala royalti dari buku dapat dari syarikat penerbit.

Jadi passive income ini adalah income yang kita dapat daripada asset yang kita buat. Walaupun kita dapat masa kita tak buat apa apa, sebelum kita dapat royalti tu still kita kena kerja kuat jugak.

ARTIS BARU dan BEATMAKER BARU : YOUR NO 1 MARKETING TOOL?

Artis/beatmaker yang baru nak start.

Orang tak tahu muzik dia best, ramai org tak tahu muzik dia best dan dia tak tahu macam mana nak bagi tau muzik dia best.

Macam mana nak promosi artis baru ni?

OK, semua org ada phone yang ada internet kan? That’s your no 1 marketing tool.

Social media, that is where you market your music.

Bayangkan semua orang sekarang tengah tengok phone. Ada yang tengok fesbuk, ada yang layan IG story, ada yang shopping kat Lazada, ada yang tengah tengok video trending kat Youtube. Persoalannya ialah;

Macam mana korang nak tarik diorang layan muzik korang kat internet tu?

Simple, you give them what they want. Which is entertainment and content.

Apa jenis entertainment & content yang patut diberi?

Macam macam benda kita boleh bagi. Contohnya, korang boleh buat benda benda senang seperti buat cover. Kalau nak buat vlog pun ok kat Youtube, kat Instagram boleh buat 1 minit cover. Kalau pandai tentang sesuatu perkara boleh buat sharing. Boleh buat video behind the scene. Buatlah apa apa content yang diorang nak tengok.

Bila korang bagi content yang lain daripada lain, lagi cepat nak dapat attention diorang (bakal followers).

Lagi kerap lagi best. Bila diorang dah hooked to you, barulah senang nak promote lagu baru, video baru dan sebagainya.

The internet, that is your number one marketing tool.

Lain lah macam dulu dulu kita selalu semua kena tunggu depan pintu shopping mall sebab nak kena pass flyers kat orang supaya pergi show kita.

Ok cerita pasal zaman sebelum internet ni, dulu kalau nak promote lagu ke, show ke, kita kena buat iklan atas kertas. Kita boleh buat dalam bentuk flyer, poster, majalah dan sebagainya. So kalau nak buat iklan tu kos dia memang lah lagi besar dari sekarang. Sekarang almost everything is free. Semua orang boleh promote material diorang kat social media.

Jadi sekarang ni kalau nak naik kena gunakan internet sebagai salah satu marketing tool utama. Kalau tak tau macam mana nak guna, rugi!

10,000 Hour Rule .. APA TU??

Malcolm Gladwell dalam buku beliau “Outliers” ada cakap, kalau kita nak mahir dan pakar dalam sesuatu benda, kita kena apply 10,000 hour rule, maksudnya kita kena buat benda yang sama 20 jam seminggu selama 10 tahun . Kalau kita tak sampai, kita belum master, no excuse.

Mendiang Bruce Lee pun ada cakap “I fear not the man who has practiced 10,000 kicks once, but I fear the man who has practiced one kick 10,000 times.”

Maknanya, lebih baik focus kat satu benda dan buat 10,000 kali daripada pandai macam macam benda tapi tak master dalam bidang itu.

“So apa kena mengena benda ni dengan music? Kita bukan nak belajar kung fu DJ Fuzz”

Musician pun kena banyak practice, kalau nak jadi terer lah. Practice perform, practice menyanyi, practice apa apa jelah yang berkaitan. Saya selalu dengar musicians saya practice. Diorang dah berpuluh tahun jadi musicians, dah level otai lejen dah tapi diaorang still practice.

Dulu saya tak pernah dengar pasal teori 10,000 jam ni tapi kalau saya nak masuk competition saya akan practice pagi petang siang malam selama enam bulan, just for that battle.

Saya akan belajar lagi dan praktis lagi dari tahun 1999 sampailah 2006. Lepas saya menang 6 title Malaysian championship, masuk Asia Final sekali dan masuk World Final sekali barulah saya stop praktis kejap.

Lepas tu lama tak battle skill saya jadi karat balik. Patutlah kena praktis selalu, rupanya kalau tak buat bertubi tubi skill tu boleh hilang.

That’s why baru saya faham kenapa kawan kawan saya yang musicians tu practice sampai harini. Inilah sebabnya…

“Itu untuk orang yang nak jadi expert je DJ Fuzz, saya nak jadi famous je, kenapa pulak saya nak kena praktis camtu?”

Sebelum awak jadi femes awak kena naikkan nama awak dulu, camne tu? Dengan cara inilah….

Ramai orang ingat penyanyi tu semua bakat datang semulajadi je. Mana ada, diorang praktis bertahun tahun intensif hardcore punya training. Itu sebab diorang naik, sebab benda tu dah boleh buat sebelah mata je.

Kalau kita naik dengan cara senang, kita turun pun dengan cara mudah. Hard work pays bro..

Kesimpulannya, kalau awak sentiasa practice dan maintain skill power, tiada siapa boleh amik title awak. U are the best because u practice 10,000 hours and more.

KITA PERLU ADA TARGET DALAM KERJAYA MUZIK

Kita perlu ada target, dan target kita kena jelas.

Kena ada target jangka masa pendek, jangka masa panjang, target yang besar, target kecik dan sebagainya.

Contohnya,

“Tahun ni saya nak buat 10 lagu!”

Make sure ada target, kalau takda kita takkan pergi ke arah itu.

Ramai orang selalu nak jadi artis tapi tak buat apa apa, hanya berharap yang something great will happen, tapi takda target. Macam mana benda tu nak sampai kalau kita tak buat?

Itu sebab, kita kena tulis target tu, bila kita tulis, dia akan macam pressure kita untuk buat benda tu. Lepas dah tulis plan, barulah boleh merangka strategi untuk sampai sana.

Saya sentiasa tulis target saya setiap hari, bulan minggu dan tahun. Kalau saya tak dapat buat, saya akan bawa ke depan dan habiskan secepat mungkin.

Orang tanya saya, “Macam mana DJ Fuzz boleh release 100 lagu dalam setahun?”

Saya tulis target saya, sebulan nak release berapa, seminggu kena buat berapa beat dan sebagainya. Takda target, takda achievement. Simple.

Kalau nak release 12 lagu setahun, kita kena buat 1 lagu sebulan. Nak tak nak kena siapkan. Contohnya, tahun ini saya merancang untuk keluar 2 buku dan 4 instrumental album.

“Banyaknya DJ Fuzz, ada ke masa nak habiskan projek projek tu?”

Inilah masanya untuk saya plan macam mana saya nak achieve target tu, ini termasuklah rancang jadual harian saya, berapa mukasurat setiap minggu saya kena tulis, berapa beats saya kena buat seminggu dan sebagainya. Selagi saya tak achieve selagi tu saya tak akan berhenti.

Kenalah disiplin sikit, kalau kita tak push diri kita siapa nak push kita?

Ramai yang nak jadi famous tapi taknak buat effort tu, so susahlah kalau duduk je. Kita kena plan & execute!

So mulai hari ini, awak buat perancangan. Apa nak buat, bila dan due date sebagainya ok?

Janji? Ok cun!

Tiada perancangan, merancang untuk gagal maknanya.

Kalau korang berminat untuk belajar cara cara efektif untuk memulakan kerjaya dalam bidang muzik ni, saya rekomen buku “Nak Jadi Artis Rakaman?” Ada kat banyak kedai buku tapi kalau nak cepat, order melalui Whatsapp je senang; 0125357769

Takpa ke show free?

Untuk artis artis yang baru, ok ke buat show free ni?

Banyak org cakap kat saya, “Saya tak nak buat show free ni DJ Fuzz, kalau nak, diaorang kena

bayar”.

Amboiii, hebatnya awak! Hahaha gurau je…

Pendapat saya, its ok pada mulanya free, kerana kalau you tak buat show free you susah nak dapat promotion dan publicity. Kerana bila baru start, takda siapa nak panggil kita perform.

Nanti bila dah ada permintaan barulah kita start charge diorang.

So, kita tak boleh letak harga bila takda permintaan kat muzik kita. Biar buat free dulu, daripada sendu je. Daripada nak berkira sangat dengan bayaran tu, orang pun boleh berkira gak. Baik dia bayar artis yang boleh bawak crowd. Real talk. Hahaha jangan terasa ok.

“Jadi bila masanya nak ada permintaan tu?”

Sabarlah dulu. Biasanya permintaan tu datang bila lagu awak masuk radio, atau jadi viral, atau lagu masuk carta Joox misalnya. Bila orang dah nampak baru dia nak panggil show.

Slowly nanti ada je yang akan call kita untuk perform, bila makin ramai permintaan, barulah boleh naikkan harga. Jangan start start je dah charge mahal, rilek dulu beb.

“Habis tu kalau bagi free je, macam mana nak cari makan DJ Fuzz?”

Saya bukan cakap bagi free sampai bila bila. Buat masa ni bagilah beberapa show untuk promosi, tapi lama lama nanti pasti dapat banyak tawaran punya. Melainkan show awak tak best langsung. Itu kalau bagi free pun orang tak nak.

Dulu saya selalu je bagi free show masa mula mula dulu. Kadang kadang dia bayar sikit pun saya ambik je dulu. Lama lama tu bila orang dah start call barulah kita boleh demand harga.

Bayangkan show free ni macam satu investment..

“Investment apa pulak ni, saya yang kena nyanyi free camne nak dapat pulangan tu?”

Rilek dulu. Free show adalah sejenis pelaburan, pelaburan masa. Bayangkan kalau kita nak buat iklan kita kena bayar kan?

Jadi show free macam dapat buat iklan tapi free. Bila orang dah tengok selalu iklan tu, dia pasti akan tertarik kalau produk anda menarik. Itulah masanya kita akan dapat pulangan daripada investment kita, apabila orang dah heboh cerita pasal artis baru yang best ni…

Banyak lagi tips yang saya boleh kongsikan nanti pada masa yang akan datang. Jangan lupa follow saya kat blog ni.

Kalau korang berminat untuk belajar cara cara efektif untuk memulakan kerjaya dalam bidang muzik ni, saya rekomen buku “Nak Jadi Artis Rakaman?” Ada kat banyak kedai buku tapi kalau nak cepat, order melalui Whatsapp je senang; 0125357769

Macam mana nak kira 16 bars?

MACAM MANA NAK KIRA 16 BARS?

Kira bars? Apa benda tu. Chocolate bars ke apa ni?

Ini adalah benda yang teknikal. Dulu sekolah sekolah ada belajar. Time pelajaran muzik dulu, kan dulu masa main recorder tu kita kena baca score tu, (mesti tak ingat kan? hahaha)

Ok 1 bar ialah dalam 4 kiraan.

Kick/Snare/Kick/Snare = 4 kiraan = 1 bar

Cuba try nyanyi satu bahagian lagu, dan tepuk ikut beat dia. Kira berapa kali tepuk. Setiap 4 tepukan adalah 1 bar.

Dum tak Dum tak = 1 bar

So , kalau 16 bar , Dum Tak Dum Tak darab 16

Faham ke faham?

“Kenapa nak kira bar bar ni DJ Fuzz? Apa faedahnya?”

Musicians dan artists kira panjang lagu dengan kiraan ini. Biasanya kita akan kira dalam beberapa saat kan? Benda ni tak accurate.

Contohnya kalau ada orang nak saya perform scratching kat lagu dia, saya akan tanya “Kau nak aku scratch kat lagu kau berapa bars?” Bukannya berapa saat., ataupun, scratch sampai gitar masuk. Itu tak accurate. Kena kira beats pakai bars.

So berapa bar ada dalam chorus lagu? Cuba kira berapa bar chorus lagu favourite awak.

Biasanya dalam chorus ada 8 bars, verse rap dalam 12 hingga 16, intro lagu 4 hingga 8.

Beginilah cara mengira bars didalam lagu.

5 SEBAB KENAPA FOUNDER BISNES KENA ADA LAGU PRODUK (JINGLES)

Ramai business founders kat luar sana yang dah try macam macam style marketing tapi tak banyak sangat improvement dia. Dah try buat iklan TV, iklan radio, billboard, masuk tv, keluar majalah, FB/IG ads tapi still kurang engagement dia.

Pernah try buat lagu? Maybe ini boleh menolong, ramai company dah buat lagu produk dgn saya dan Alhamdulillah dia menolong untuk menaikkan nama produk mereka.

Kenapa kena ada lagu produk?

Biasa kan dengar lagu lagu iklan yang catchy sampai melekat kat kepala. Last last kita beli product tu sebab iklan dia. Contohnya, “Adabi, melazatkan, Adabi menyelerakan”, atau kalau yang baru lagu iklan Calpis, “pipipipipi!”

Ada satu lagu yg saya buat utk Aurawhite, yg dinyanyikan oleh Ayda Jebat & W.A.R.I.S, “Shake shake shake uools”, itu banyak menarik perhatian ramai kerana chorusnya yg catchy.

Seperti yang saya cakapkan tadi, lagu lagu yg catchy boleh menangkap pendengar. Asalnya ia menjadi hiburan utk mereka tetapi lama lama kelamaan ia boleh mempengaruhi mereka utk membeli kerana sudah biasa dengan lagu itu.

Saya sering menggubah lagu lagu pop, lagu lagu pop ini kadangkala berjaya ke carta muzik Malaysia. Kenapa? Kerana sifatnya yg berbentuk catchy, senang diingati. Jadi apabila kita menggunakan lagu lagu catchy utk produk kita, ia boleh menolong dari melodi dan lirik lagu tersebut.

Dengarkan lagu lagu pop yg saya buat di sini;

https://www.youtube.com/user/fuzzmatazz

Setiap hari apabila kita buka phone, kita pasti melihat iklan. Guess what, remaja zaman sekarang tak suka tengok iklan. Mereka jarang tengok TV so mereka tak minat tengok iklan, kalau nak attract attention mereka kita kena inform dalam bentuk hiburan. Disinilah kita boleh gunakan lagu utk “menangkap” mereka!

Apabila kita membuat lagu produk, mesej mesej & branding produk itu boleh didengari. Apabila misi & visi company diletakkan didalam lagu, ia tidak akan jadi bosan lagi. Jadi, founder bisnes boleh letakkan slogan atau apa saja dalam iklan mereka. Contohnya, lagu yang saya buat utk Nouvelle Visage, “Nampak Lawa, Nampak Lawa, dia pakai NV!”

Dengarkan lagu lagu produk yang saya buat bersama Team Mixology untuk company company ini;